Mana-mana je saya pergi mesti ada orang sebut pasal diet..di office dah macam tiap-tipa hari dengar perkataan diet tu..sebab mereka semua nak kurus..sebenarnya kalau nak kurus kena la ada disiplin yang tinggi untuk kuruskan badan..bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja..
nak diet bukannya tak makan sahaja..bersenam pun amat la penting untuk dapatkan bentuk badan yang di idam-idamkan..
Sebenarnya ramai kawan-kawan tak tahu yang saya pernah gemuk..7 - 8 tahun lepas berat badan saya dalam lingkungan 75kg..bila saya masuk ke alam universiti dan tengok ramai kawan-kawan kurus dan cantik saya berazam untuk diet.ibukan senang ok nak kuruskan badan..setelah 3 bulan berat badan saya turun sebanyak 25kg..tanpa makan sebarang ubat kurus..
Macam mana dapat turunkan berat badan sebanyak 25kg dalam 3 bulan?
Senang sahaja..jika anda mempunyai disiplin dan azam yang kuat,tak mustahil anda boleh kurus juga..Mula-mula nak diet tu letak target nak turun berapa kg..macam saya dengan ketinggian 162cm saya berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 20 kg sahaja dalam masa 3 bulan..tapi terlebih la pulakan..hohoh..
Dalam 3 bulan itu saya tak ambil nasi langsung..hanya makan ikan,sayur dan roti(saya limitkan 1 hari hanya 2 keping roti sahaja) dan buah epal 2 biji sehari dan betik 1 potong sehari..dan juga saya bersenam tiap-tiap hari..(jogging,berbasikal,senaman ringan di rumah atau main alat senaman dirumah)..saya juga elakkan makanan berminyak,masin dan berajinomoto yg amat menyengat..
jika dirumah saya hanya makan masakan kukus dan rebus sahaja tapi kalau di hostel(uitm seri iskandar) saya cari makanan yang kurang berminyak..saya juga kurang minum minuman bergula..saya banyakkan minum air masak dan saya amalkan minum green tea tiap-tiap petang.Pada awal-awal diet tu memang la rasa macam letih la..tak bersemangat la tapi lama kelamaan sudah jadi biasa.
Selepas 3 bulan itu berat badan saya sudah mencecah 50 kg,saya mula mengambil makanan berkaboihaidrat..saya mula makan bihun dan nasi(tapi dalam kuantiti yang sederhana).saya tetap bersenam walaupun sudah dapat berat badan yang diingini.
Ramai orang terkejut bila tengok saya sudah kurus,sedara mara,rakan-rakan,lecturer dan jiran-jiran..ada tanya macam mana saya kurus,apa plan diet saya dan ada lecturer panggil saya masuk ke officenya sebab ingat saya sakit sebab sudah kurus tak ketinggalan juga ada kawan-kawan lekaki yang dulu tak pandang pun saya kat sekolah tiba-tiba tengok saya sudah kurus dan cun(haha..) mereka nak tekel saya..haha..harap maaf..saya tak layan la orang yang macam tu..dulu tak de lak nak kawan dengan saya..dah kurus baru nak kawan..
Walaupun saya dah kurus tapi ramai juga junior-junior sekolah cam saya..ada yang terserempak di mana-mana mereka akan tahan saya dan tanya "ni kak amalina ya?"hehe..dan ada juga add di friendster,facebook dan myspace dan tanya soalan yang sama...hahaha..terkejot ye adik-adik yang akak dah kurus..haha..
Macam mana nak maintain berat yang dah kurus?
Tu pun 1 hal kan..dah bersusah payah kurus kena la maintain..nak maintain tak ada la sesusah masa berdiet dulu-dulu..cuma makan makanan seimbang..kerap berseman..itu saja la kowt..kalau berat ternaik sedikit tak ada la nak bersiet macam dulu-dulu.cuma kurangkan nasi makan lebih sayur dan buah dan berseman lebih sikit..
Nasihat saya pada sesiapa yang nak mulakan diet, jangan terlampau kawal makanan..nanti dapat penyakit lain pula..macam saya dulu disebabkan terlampau control makan, saya dapat tekanan darah rendah..dengar kata saya ni ok..hahaahah..kalau nak kurus tu jangan ambil ubat-ubatan sebab kemungkinan ada kesan sampingan jika tersalah ambil..
hohh??boleh tahan panjang ye..tapi saya tak cerita semua plan diet saya..kalau tau lagi panjang..haha..sekian buat masa ni..hohoho~
0 comments:
Post a Comment