Pelangi menemanku sepanjang jalan

Posted by: Amalina Azri / Category:

Pagi tadi masa on the way ke office aku ditemani dengan pelangi yang sungguh besar dan terang..sangat cantik ok..pagi-pagi sudah tengok benda yang cantik..teruja habis..kerja pun bersemangat..tapi disebabkan saya tidak la bawa camera ke tempat kerja jadi saya ambil gamba pelangi itu dengan menggunakan handphone camera saya je..tapi tak clear la..huhuhu..dalam gambar ni tak menuntukkan pelangi yang saya tengok pagi..(ok..lain kali aku bawa je camera je aku tu kemana-mana..senang..nampak benda cantik boleh terus SNAP)
Ok..tengok la gambar yang tak clear tu ok..





Harap-harap ok la kan gambar ni..(nyesal tak bawa camera!!)


Read more »

NAK DUIT LEBIH!!

Posted by: Amalina Azri / Category:

Sekarang ni saya telah mengatur masa depan saya..hehe..maklum la zaman sekarang ni semuakan nak duit je..bak kata ramai orang nak masuk toilet pun kena bayar..barang-barang pun mahal-mahal sekarang ni..tak ada duit tak dapat la memiliki barang yang di idam-idamkan tu..
jadi sekarang ni saya nak cari duit lebih untuk kegunaan saya dan simpanan hari akan datang(ye la kan kita mana tau masa depan kita macam mana..so sediakan payung sebelum hujan la kan...)

Cara saya untuk mendapatkan duit lebih adalah bekerja part time dengan bakat yang saya ada..
ok..buat masa ini saya adalah seorang programmer dan kemungkinan akan jadi pegawai kerajaan atau pun database administrator atau pun system analyst..kerja part time yang saya akan buat dalam mase sebulan atau dua bulan dari sekarang adalah lecturer part time di IPTS sekitar lembah kelang ataupun shah alam ataupun mengambil upah membuat website dan portal ataupun menjadi programmer di company swasta yang nak programmer part time. salary ataupun upah yang saya bakal dapat itu kemungkinan tak banyak tapi ia sudah memadai bagi saya..

Simpan duit dan asingkan duit kegunaan sendiri dan duit simpanan masa depan
ini maybe boleh menjadikan tips untuk anda2..
Cara saya simpan duit saya adalah sebegini:
duit dari salary tetap saya + salary/upah part time akan saya bahagikan kepada tiga
1. kegunaan sendiri2 setiap bulan(bayar bil tepon,beli barang2 makeup ke, ape je la yang berkaitan)
2.simpanan untuk membeli barang yang diidamkan ataupun pergi melancong(ni bila teringin nak beli apa2 barang yang tiba-tiba suka sangat boleh guna duit ni atau pun pergi melancong bersama keluarga dan kawan-kawan)
3.simpanan masa depan yang kita tak tahu apa bakal terjadi(ni wajib la kan..if bukan untuk diri sendiri kemungkinan untuk keluarga kita tau anak-anak kita yang akan datang..wah sebut anak??bila nak kawen ni?hohoho..)

sekarang ni saya dah terfikir semua-semua ni..dulu masa zaman belajar mana rasa sangat pasal tak ada duit semua ni..dulukan parents bagi duit setiap minggu walaupun kadang-kadang tu parents bagi tak cukup tapi boleh bertahan la untuk dapat duit minggu depannya.. Tapi saya sudah ajar diri sendiri dari zaman sekolah lagi untuk kumpul duit jika nak beli apa-apa barang..tak yah minta duit kat parents..dalam masa 3 bulan kumpul duit boleh dapat RM 300 - Rm 400..bila dah beli barang yang dikehedaki dan ada duit lebih saya suruh mak saya simpankan duit tu dalam bank..

Hidup sudah berubah..tidak lagi macam zaman muda-muda..sekarang ni kena pandai cari duit untuk meneruskan hidup yang selesa dan juga kena pandai berjimat dan perlu,harus,wajib simpan duit untuk masa depan..


Read more »

Cili boleh membuatkan seseorang itu kurus

Posted by: Amalina Azri / Category:

Cili boleh kuruskan badan

LOS ANGELES - Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan. - Agensi

Komen dari saya:
Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya makan cili tapi tak ada pula berat badan saya turun dan saya tidak la kurus mana pun..adakah fakta ini betul-betul menjadi atau tidak?


Read more »

Adakah saya sombong?

Posted by: Amalina Azri / Category:

Sudah berjuta-juta kali dengar orang kata saya sombong..hohh??ramai plak tu yang cakap macam tu..ish ish ish..don't judge a book by its cover..ewah!!saya ni baik tau..haha...mungkin mereka-mereka yang belum kenal saya tu mereka andaikan saya ni sombong sebab saya memang tak reti nak mulakan perbualan..tapi bila dah start..hahaha..xberhenti la plakkan..

Jadi siapa-siapa nak kawan dengan saya tu sila la tegur saya dulu ye..haha..itu je nak cakap sebab penat dengar benda yang sama berjuta-juta kali..oh yee..saya juga amat pemalu yang amat sangat dengan orang yang saya suka sampai tak berani tengok orang tu..haha..byeeeeeee~


Read more »

diet + disiplin = badan sihat dan cantik

Posted by: Amalina Azri / Category:

Mana-mana je saya pergi mesti ada orang sebut pasal diet..di office dah macam tiap-tipa hari dengar perkataan diet tu..sebab mereka semua nak kurus..sebenarnya kalau nak kurus kena la ada disiplin yang tinggi untuk kuruskan badan..bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja..
nak diet bukannya tak makan sahaja..bersenam pun amat la penting untuk dapatkan bentuk badan yang di idam-idamkan..

Sebenarnya ramai kawan-kawan tak tahu yang saya pernah gemuk..7 - 8 tahun lepas berat badan saya dalam lingkungan 75kg..bila saya masuk ke alam universiti dan tengok ramai kawan-kawan kurus dan cantik saya berazam untuk diet.ibukan senang ok nak kuruskan badan..setelah 3 bulan berat badan saya turun sebanyak 25kg..tanpa makan sebarang ubat kurus..

Macam mana dapat turunkan berat badan sebanyak 25kg dalam 3 bulan?
Senang sahaja..jika anda mempunyai disiplin dan azam yang kuat,tak mustahil anda boleh kurus juga..Mula-mula nak diet tu letak target nak turun berapa kg..macam saya dengan ketinggian 162cm saya berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 20 kg sahaja dalam masa 3 bulan..tapi terlebih la pulakan..hohoh..

Dalam 3 bulan itu saya tak ambil nasi langsung..hanya makan ikan,sayur dan roti(saya limitkan 1 hari hanya 2 keping roti sahaja) dan buah epal 2 biji sehari dan betik 1 potong sehari..dan juga saya bersenam tiap-tiap hari..(jogging,berbasikal,senaman ringan di rumah atau main alat senaman dirumah)..saya juga elakkan makanan berminyak,masin dan berajinomoto yg amat menyengat..

jika dirumah saya hanya makan masakan kukus dan rebus sahaja tapi kalau di hostel(uitm seri iskandar) saya cari makanan yang kurang berminyak..saya juga kurang minum minuman bergula..saya banyakkan minum air masak dan saya amalkan minum green tea tiap-tiap petang.Pada awal-awal diet tu memang la rasa macam letih la..tak bersemangat la tapi lama kelamaan sudah jadi biasa.

Selepas 3 bulan itu berat badan saya sudah mencecah 50 kg,saya mula mengambil makanan berkaboihaidrat..saya mula makan bihun dan nasi(tapi dalam kuantiti yang sederhana).saya tetap bersenam walaupun sudah dapat berat badan yang diingini.

Ramai orang terkejut bila tengok saya sudah kurus,sedara mara,rakan-rakan,lecturer dan jiran-jiran..ada tanya macam mana saya kurus,apa plan diet saya dan ada lecturer panggil saya masuk ke officenya sebab ingat saya sakit sebab sudah kurus tak ketinggalan juga ada kawan-kawan lekaki yang dulu tak pandang pun saya kat sekolah tiba-tiba tengok saya sudah kurus dan cun(haha..) mereka nak tekel saya..haha..harap maaf..saya tak layan la orang yang macam tu..dulu tak de lak nak kawan dengan saya..dah kurus baru nak kawan..

Walaupun saya dah kurus tapi ramai juga junior-junior sekolah cam saya..ada yang terserempak di mana-mana mereka akan tahan saya dan tanya "ni kak amalina ya?"hehe..dan ada juga add di friendster,facebook dan myspace dan tanya soalan yang sama...hahaha..terkejot ye adik-adik yang akak dah kurus..haha..

Macam mana nak maintain berat yang dah kurus?
Tu pun 1 hal kan..dah bersusah payah kurus kena la maintain..nak maintain tak ada la sesusah masa berdiet dulu-dulu..cuma makan makanan seimbang..kerap berseman..itu saja la kowt..kalau berat ternaik sedikit tak ada la nak bersiet macam dulu-dulu.cuma kurangkan nasi makan lebih sayur dan buah dan berseman lebih sikit..

Nasihat saya pada sesiapa yang nak mulakan diet, jangan terlampau kawal makanan..nanti dapat penyakit lain pula..macam saya dulu disebabkan terlampau control makan, saya dapat tekanan darah rendah..dengar kata saya ni ok..hahaahah..kalau nak kurus tu jangan ambil ubat-ubatan sebab kemungkinan ada kesan sampingan jika tersalah ambil..

hohh??boleh tahan panjang ye..tapi saya tak cerita semua plan diet saya..kalau tau lagi panjang..haha..sekian buat masa ni..hohoho~


Read more »

Student Practical

Posted by: Amalina Azri / Category:

Lagi sebulan lebih nak habis praktikal..lagi 2 kali elaun akan dapat (wayoooo!! walaupun elaun sikit). Untuk melengkapkan degree sy, di akhir semester sy dan rakan2 kena praktikal di mana2 company yg agak besar untuk membelajar selok belok bekerja supaya nanti bila dah habis belajar takde la terkial-kial nak sesuaikan diri dalam environment bekerja. dannnnn..6 bulan kowt praktikal,..huhh!!lama gak tu..

Saya menjadi seorang trainee di sebuah IT company yang besar dan diusahakan oleh sorang anak bumiputra kita.Company di ada cawangan di jakarta dan juga boston. Kalau di Malaysia dia ada beberapa anak syarikat...Kaya bos sy ni..tp garang weh!Company ni dia buat software..jadi di sana saya di assign'kan menjadi seorang system developer( ala.. programmer la..)


nyempat je bergambar kat office


Pada awal- awal praktikal tu mmg macam * ape benda ni?, ish camne nk guna ni? ish nak type coding cmne ni, nak buka ni camne? dan macam2 lagi*. Masa di MSU tak ada belajar benda2 semua tu tapi bila masuk alam pekerjaan macam- macam benda tak pernah dengar, tak pernah tengok tiba2 ada depan mata dan kena buat..hahah..Tapi sepanjang ada di company tu, saya dah di latih dan di ajar macam-macam sampai sekarang dah bijak sikit..hohoho..

Isnin hingga jumaat hari saya memerah otak fikir logik n source code untuk di type dan fix the errors and bugs..mencabar beb mencabar..tapi nasib baik kadang2 kawan - kawan saya yang jauh - jauh tu main email -email.haha..dapat gk la rehat -rehatkan otak yang serabut tu..tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan chat dengan kawan saya sorang tu yang berada di shah alam..hehehe..kan ana kan??

Hari yang dinanti-nantikan ::::

hahaha..hari yang dinanti-nantikan adalah hari cuti dan hari minggu..tak sabar kowt nak tunggu hari minggu..haha..penat kerjakan..so nak la rehat-rehat, keluar dengan family dan kawan-kawan,tengok tv..dannn..online 24 jam..hahahha..seronok seronok..

huhh!!banyak dah bebel..lain kali pula sambung bebel...daa~

sekian~


Read more »

Atas pemintaan peminat

Posted by: Amalina Azri / Category:

Seperti title di atas..saya(amalina) meWUJUDkan blog ni(sebenarnya dah lama dah ada blog ni tapi tak pernah update sekali pun)..Sabrina Long ..anda tidak berasa bosan bila tibanya lunch time..
First entry ni macam tak tahu nak type apa je..tak ada idea sangat..kena buat pengenalan diri ke?haha..

sekian~haha..(akan update lain kali)


Read more »