RSS Feed

Pesanan dari mama~

Posted by: Amalina Azri / Category:

huu~dah banyak kali kot dapat pesanan ringkas lagi padat dari mama..
ada sekali tu mama dan abah jalan-jalan tengok barang perhiasan rumah..ada barang yang cantik lepas tu mama cakap kat abah tapi anak-anak dia dengar..macam ni "ni kalau buat hantaran ni lawa ni"hahah..ada lagi kat dapur masa tu mama dan abah tengah lunch sama-sama kat dapur..aku pun masuk dapur nak minum air..tiba-tiba mama cakap "kakak kene cari boipren dah ni..nanti cepat-cepat sikit kawen"..dalam hati aku..hadoi..nape tibe-tibe je mama cakap cmni..masuk dapur nak ambik air je kot..ada lagi macam-macam pesanan yang bermaksud sama..dulu mana mama dan abah bagi keluar berdua-duaan dengan lelaki..sekarang abah bagi je..siap kata "abah bagi can akak dating,abah tak nak ikot".."sape laki akak dating tadi tu".."cepat balik..dating ape balik cepat camni" ohhh apakah??????????????sabar ye mama..abah..bak kata ustaz yang kita dengar dalam feri masa nak pegi langkawi tu "perempuan tak payah gatal-gatal cari laki..nanti bila dah ada jodoh dia akan datang" akak nak dengar cakap ustaz tu la...hehehehe


Read more »

Prepare your short slide present untuk visit ya~

Posted by: Amalina Azri / Category:

wuhuuuuu~tengah malam semalam dapat SMS dr Mr.Kevin yang dia nak datang buat visit hari jumaat pukul 3.30 petang..halamak!!!nak present ape nanti ni??
ramai ke orang masuk tengok nanti??debar weh debar!! siap ada pesanan penaja lagi "prepare short silde present untuk visit yaa~"huuu~..nak cakap apa nanti nih?nak type ape dalam slide nanti?cuak weh cuak tibe-tiba!!nak present depan dean fakulti,internal supervisor,external supervisor dan team leader..giler ramai!!!!!huuuu~


Read more »

MASA?

Posted by: Amalina Azri / Category:

wah!sekarang tiba-tiba je tak ada masa nak meng'update' blog..

COMING SOON~~gambar-gambar campus baru MSU..teheee~gamba curi ada dan gambar minta izin pun ada...
Dah curi-curi masa ni skit nak upload cambar jalan-jalan dengan ela..sab sila jeles!
air ela
air aku..ice latte jeli

ela punya
kami punya

aku punya dah makan separuh sebab lapar sangat..

lapar ok!

taraaaa..



Read more »

Berjinak-jinak

Posted by: Amalina Azri / Category:

OHHHH..berjinak-jinak??heheh..sebenarnya saya tengah berjinak-jinak dalan dunia photography.mungkin saya terpengaruh dengan kawan-kawan photographer saya tu..dulu-dule mereka la tukang ambil gambar saya..siap suruh lagi tu.."weh bila kita nak keluar ambil gamba aku"hahaha..sekarang giliran saya pula suka2 berjinak-jinak dalam dunia photography..


Setakat ini..ada 2 gambar yang mendapat komen memberangsangkan dari para photograper dan kawan-kawan..jadi disini saya nak kongsikan 2 gambar itu..ohhhh...tapi saya baru belajar tau..tak reti lagi.."saya budak baru belajar, kalau ada salah tolong tunjukkan"hehehe..



Photo ni di ambil di salah sebuah masjid de bentong

Photo ni pula di ambil di mana tah..hahah..


Read more »

Pelangi menemanku sepanjang jalan

Posted by: Amalina Azri / Category:

Pagi tadi masa on the way ke office aku ditemani dengan pelangi yang sungguh besar dan terang..sangat cantik ok..pagi-pagi sudah tengok benda yang cantik..teruja habis..kerja pun bersemangat..tapi disebabkan saya tidak la bawa camera ke tempat kerja jadi saya ambil gamba pelangi itu dengan menggunakan handphone camera saya je..tapi tak clear la..huhuhu..dalam gambar ni tak menuntukkan pelangi yang saya tengok pagi..(ok..lain kali aku bawa je camera je aku tu kemana-mana..senang..nampak benda cantik boleh terus SNAP)
Ok..tengok la gambar yang tak clear tu ok..





Harap-harap ok la kan gambar ni..(nyesal tak bawa camera!!)


Read more »

NAK DUIT LEBIH!!

Posted by: Amalina Azri / Category:

Sekarang ni saya telah mengatur masa depan saya..hehe..maklum la zaman sekarang ni semuakan nak duit je..bak kata ramai orang nak masuk toilet pun kena bayar..barang-barang pun mahal-mahal sekarang ni..tak ada duit tak dapat la memiliki barang yang di idam-idamkan tu..
jadi sekarang ni saya nak cari duit lebih untuk kegunaan saya dan simpanan hari akan datang(ye la kan kita mana tau masa depan kita macam mana..so sediakan payung sebelum hujan la kan...)

Cara saya untuk mendapatkan duit lebih adalah bekerja part time dengan bakat yang saya ada..
ok..buat masa ini saya adalah seorang programmer dan kemungkinan akan jadi pegawai kerajaan atau pun database administrator atau pun system analyst..kerja part time yang saya akan buat dalam mase sebulan atau dua bulan dari sekarang adalah lecturer part time di IPTS sekitar lembah kelang ataupun shah alam ataupun mengambil upah membuat website dan portal ataupun menjadi programmer di company swasta yang nak programmer part time. salary ataupun upah yang saya bakal dapat itu kemungkinan tak banyak tapi ia sudah memadai bagi saya..

Simpan duit dan asingkan duit kegunaan sendiri dan duit simpanan masa depan
ini maybe boleh menjadikan tips untuk anda2..
Cara saya simpan duit saya adalah sebegini:
duit dari salary tetap saya + salary/upah part time akan saya bahagikan kepada tiga
1. kegunaan sendiri2 setiap bulan(bayar bil tepon,beli barang2 makeup ke, ape je la yang berkaitan)
2.simpanan untuk membeli barang yang diidamkan ataupun pergi melancong(ni bila teringin nak beli apa2 barang yang tiba-tiba suka sangat boleh guna duit ni atau pun pergi melancong bersama keluarga dan kawan-kawan)
3.simpanan masa depan yang kita tak tahu apa bakal terjadi(ni wajib la kan..if bukan untuk diri sendiri kemungkinan untuk keluarga kita tau anak-anak kita yang akan datang..wah sebut anak??bila nak kawen ni?hohoho..)

sekarang ni saya dah terfikir semua-semua ni..dulu masa zaman belajar mana rasa sangat pasal tak ada duit semua ni..dulukan parents bagi duit setiap minggu walaupun kadang-kadang tu parents bagi tak cukup tapi boleh bertahan la untuk dapat duit minggu depannya.. Tapi saya sudah ajar diri sendiri dari zaman sekolah lagi untuk kumpul duit jika nak beli apa-apa barang..tak yah minta duit kat parents..dalam masa 3 bulan kumpul duit boleh dapat RM 300 - Rm 400..bila dah beli barang yang dikehedaki dan ada duit lebih saya suruh mak saya simpankan duit tu dalam bank..

Hidup sudah berubah..tidak lagi macam zaman muda-muda..sekarang ni kena pandai cari duit untuk meneruskan hidup yang selesa dan juga kena pandai berjimat dan perlu,harus,wajib simpan duit untuk masa depan..


Read more »

Cili boleh membuatkan seseorang itu kurus

Posted by: Amalina Azri / Category:

Cili boleh kuruskan badan

LOS ANGELES - Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan. - Agensi

Komen dari saya:
Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya makan cili tapi tak ada pula berat badan saya turun dan saya tidak la kurus mana pun..adakah fakta ini betul-betul menjadi atau tidak?


Read more »